Seminar khas buat anda yang mahu jadi Muslim yang lebih baik!

"Hanya Dalam Masa 1 Hari, Anda Boleh Kenal Huruf dan Mula Baca Potongan Pendek Ayat Quran."

InsyaAllah dengan cara ini memang mudah sangat untuk cepat kenal huruf-huruf yang ramai orang selalu keliru nak sebut.

Ramai yang dah boleh baca huruf bersambung siap dengan bunyi baris dalam kelas 1 hari!

KISAH BENAR TUAN SULAIMAN

"Senang Faham Cara Sebutan Huruf Quran Yang Betul."

Ini kisah tuan Sulaiman Nordin selepas hadir ke Seminar Kenal Huruf.

Sebelum ini saya belajar mengaji tetapi tidak pernah belajar sebutan setiap huruf secara terperinci.

“Jika dulu kita sebut ‘sa’ sahaja. Dalam Seminar Kenal Huruf, saya belajar cara sebutan dengan lidah yang betul.”

Di tempat lain saya belajar, mereka tak beritahu huruf mana yang kita kena sebut dengan sebutan yang tebal. Mereka anggap pelajar yang datang itu dah pandai sebut.

Apabila disuruh membaca Quran, barulah guru bagitahu, “Sebutan sini tebalkan.”

Sebelum ini, saya belajar membaca dengan menghafal, bukan memahami sifat huruf.

Jika sebelum ini tempat kita belajar mengaji itu kita rasa tidak memberi impak, apa salahnya saya cuba daftar Seminar Kenal Huruf.

Dalam sehari Seminar Kenal Huruf, saya kenal huruf mana yang perlu kita baca tebal.

Dari peringkat awal lagi ustaz Syukur sudah asingkan huruf-huruf mengikut cara sebutan.

Inilah pendekatan yang saya rasa berbeza berbanding tempat lain. Malah saya lebih mudah mengingati setiap sifat huruf dalam seminar sehari ini.

Pada saya duit bukan satu persoalan, sebab ilmu mengaji ini kita perlukan dalam hidup.

Adakah Tuan/Puan Sedang berada Dalam Mana-Mana Situasi Berikut

Rasa malu sebab sudah mula berusia tapi tak tahu mengaji.

Tak kenal huruf dan keliru cara sebutan. Kejap lidah kena letak di lelangit, kejap suara kena keluar tekan di anak tekak. Rasa sulit dan rumit pula nak belajar mengaji ini.

Dah banyak sertai kelas, beli buku macam-macam. Tapi masih tak boleh baca Al-Quran dengan baik.

Gagap bila baca Al-Quran, selalu ditegur ustaz/ustazah sebab salah baca. Nak habis satu muka pun lama, apatah lagi nak khatam.

Jika Ya, Tuan/Puan Nak Tak Ubah Situasi Berikut Kepada:

Faham cara bacaan Al-Quran yang betul tanpa perlu menghafal macam-macam hukum tajwid.

Boleh baca Al-Quran dengan lebih baik, kurang gagap dan tersekat-sekat selalu.

Kenal dan mampu sebut huruf dengan cara sebutan yang betul.

Yakin untuk sertai tilawah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.Tak lagi rasa malu dan rendah diri akibat tak boleh baca Al-Quran dengan baik.

Jemput Sertai 👇🏻

Jadikan Seminar Kenal Huruf ini sebagai titik kita bermula.

Mula dari awal semula. 

Belajar kenal huruf supaya bacaan Quran kita lebih baik.

Apa yang bakal anda belajar dalam Seminar 1 hari?

Bab 1: Konsep Asas Suku Kata Al-Quran

"Kenapa rasa susah sangat nak belajar Al-Quran ni?"

Sebab kita tak mula belajar daripada asas.

Selama beberapa tahun mengadakan kelas Al-Quran untuk dewasa, saya banyak tekankan pemahaman konsep.

Apabila asas ‘clear’, proses belajar seterusnya jadi lebih mudah.

Bab 2: Bentuk Huruf Tunggal

"Kenapa susah sangat nak kenal huruf?"

Huruf yang paling susah nak ingat adalah;

  • Sod
  • Dhod
  • Tho
  • Zho

Dalam kelas ni kita semua belajar semua bentuk huruf.

Kita juga belajar ‘trik’ mudah untuk senang bezakan setiap huruf. 

Sebelum ni rasa susah sangat nak kenal dan ingat huruf? Dalam kelas nanti akan rasa senang je! PERCAYALAH.

Bab 3: Bentuk Huruf Bersambung

"Apabila huruf tunggal saya boleh baca..... Tapi bila dah bersambung saya jadi tak boleh baca laaa ustaz."

Ada yang turut hadapi masalah macam ni?

Kita kongsikan cara untuk mudah nak kenal pasti huruf apabila bersambung.

Caranya mudah sahaja iaitu dengan cara mengira __________ .  (kita bincang lebih lanjut dalam kelas)

Bab 4: Bacaan Pelbagai Baris

"Saya keliru dan pening apabila huruf ada banyak baris?"

Apa cara nak bunyikan huruf apabila ada pelbagai baris?

Kenapa kita perlu bunyikan dengan bunyi berbeza?

Apa cara nak bunyikan dengan tebal atau nipis?

Adakah setiap huruf cara sebut apabila baris berlainan itu sama?

Bab 5: Cara Shortcut Baca Panjang Pendek

"Huruf dah kenal, boleh ke terus praktis dengan baca Al-Quran?"

Apabila huruf dah kenal, maksudnya kita sudah mula memahami asas.

Praktikalnya kita akan terus lakukan dengan membaca potongan pendek ayat Quran.

Apabila nak praktis baca Quran, kita perlu kuasai tajwid.

Kami kongsikan cara shortcut untuk kuasai tajwid tanpa hafal nama hukum tajwid!

Apa janji kami dalam Seminar Kenal Huruf ini?

Kelas Eksklusif Orang Dewasa

Seminar Kenal Huruf fokus membantu orang dewasa yang mahu belajar Alquran dari asas.

Sesuai Untuk Semua Orang Dewasa

Daripada tak kenal huruf, selepas separuh hari sudah boleh mengenal huruf dan membaca potongan pendek ayat Alquran.

Tiada kanak-kanak atau remaja

Sesi seminar privasi dewasa. Tidak bercampur dengan kanak-kanak atau remaja.

Praktikal dan berkesan

Kaedah yang praktikal, mudah difahami, dan terbukti berkesan!

Apa kata peserta sesi yang lepas?

"Dalam beberapa jam tu.. saya dah mula yakin nak sebut huruf"

"Rasa berbaloi sangat-sangat belajar dalam kelas ni.."

"Chah dah tau cara best faham dan shortcut tajwid. Senyum je dalam kelas. Inilah shortcut yang selama ni dicari!"

~ Chah Maisarah, Pensyarah Politeknik

"Kelas Terbaik dan Sangat Membantu Mengenal Huruf"

"Kaedah yang digunakan oleh Celik Al-Quran dalam kelas Celik Huruf dan Celik Tajwid ni unik dan senang difahami"

~ Cik Akmal

"Sebelum ni saya kosong. Tak tahu baca. Lepas habis kelas saya dah boleh mengenal huruf dan boleh baca ayat yang panjang-panjang"

~ Cikpuan Nora, Pasir Gudang Johor

"Saya telah jumpa suatu kaedah belajar mengaji yang express bagi mereka yang tidak mempunyai masa"

~ Nor Asyikin, Tebrau Johor

"Terima kasih ustaz, saya seronok sangat. Sekarang dah boleh jadi imam apabila solat dengan anak isteri saya!"

~ Tuan Razak

"Bagaimana suasana dalam kelas Sesi sebelum ini?"

Saya hanya ingin berkongsi dengan anda yang betul-betul ingin belajar.

Sangat merugikan apabila peluang untuk belajar telah hadir namun kita bertangguh untuk belajar hingga buatkan kita masih TAK BOLEH MENGAJI.

Punca TAK BOLEH MENGAJI adalah sebab TIDAK KENAL HURUF.

InsyaAllah dalam Seminar Kelas Huruf ini kita akan bantu tuan puan untuk boleh kenal huruf.

Selepas kenal huruf, pasti boleh mula baca potongan pendek ayat Quran.

Harga yang saya tawarkan juga tak masuk akal.

Cuma, kali ini saja, saya benar-benar ingin bantu selepas saya melihat betapa ramai yang masih tidak tahu cara yang mudah dan praktikal untuk mengenal huruf.

Semua kini terserah pada anda…

Yang bersungguh, akan kekal bersungguh dan bertindak dengan mendaftar.

Yang main-main atau sekadar riki, anda tidak akan dapat apa-apa melainkan masa anda terbuang dengan membaca posting panjang ini.

📍 Lokasi: Bangi

📅 Tarikh: 26 November 2022

🕑 Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang

🏠 Tempat: UKM Bangi

Berapa yuran kebijaksanaan Seminar Kenal Huruf?

Harga Asal Ialah RM250

Namun Terhad Hingga 26 November 2022

Ini Sesi PRAKTIKAL

Dah Ramai Orang Berjaya Kami Bantu…
dan Kami 100% Yakin Anda Juga Boleh Dibantu!

InsyaAllah.

Isi Borang Di Bawah Untuk Daftar Dan Mula Membaca Al-Quran Dengan Yakin Dan Bertajwid

BORANG SEMINAR KENAL HURUF

Tahniah, anda buat keputusan yang tepat. Selangkah ke arah Muslim cemerlang!

Jika menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila hantar emel anda ke jomcelikal[email protected] atau hubungi di talian 018-900 7674 (Cik Hafifa)